piouspdosh
Lot Atas Tanah
Perhentian Sementara
Bumi Darul Dunia
12 Mac 2011
Kehadapan Kalian,
Assalamualaikum..Apa khabar kalian di sana? Saya harap kalian dalam keadaan yang sihat di samping keluarga tercinta. Saya di sini dalam keadaan yang baik sahaja.
Sudah lama kita tidak berutus surat. Seingat saya, kali terakhir kita berutus surat adalah ketika kita sedang menjawab karangan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Tujuan saya menulis surat ini untuk mengucapkan Selamat Berangkat kalian ke Tanah baru itu. Saya berharap kalian akan baik-baik sahaja.
Saya juga ingin memesan supaya kalian dapat menjaga diri sebaik mungkin dan sentiasa mengingatkan saya dalam apa jua keadaan sekali pun. Saya ingin memohon maaf andai saya pernah menyakiti mana-mana bahagian di dalam hati kalian.
Di sini juga, saya ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan tentang perlakuan pelik saya tempoh hari. Hal ini adalah kerana saya berada dalam keadaan yang tidak sihat secara fizikal dan juga mental. Secara fizikalnya, saya sudah mengalami demam dan selesema selama seminggu. Ini menyebabkan produktiviti saya terganggu.
Secara mental pula, saya amat berasa kecewa dengan tindakan kalian. Namun, saya tahu bahawasanya hal tersebut bukanlah salah kalian. Mungkin saya ini terlalu berprasangka. Namun, sejak hal tersebut, saya telah menetapkan satu prinsip baru di dalam hidup ini iaitu "Kita Tidak Keseorangan, Kita ada Allah".
Saya rasa sampai di sini sahajalah surat saya pada hari ini. Saya berharap saya diberi kesempatan lagi utnuk menulis surat kepada kalian. Hanya satu permintaan saya, janganlah diperhebatkan cerita kalian di tanah itu kepada saya kerana saya bukan jenis yang terlalu mengagungkan benda yang sementara.
Akhir kalan dari saya, semoga kalian dan saya sentiasa berada di bawah Rahmat Illahi.
Wassalam.
Yang Benar
~saya~
No comments:
Post a Comment