Monday, March 14, 2011

...Patut itu dihatiku??...

Assalamualaikum...alhamdulillah, diberi lagi kelapangan untuk mebuang sawang2 yang tertinggal kat belog ni. Actually, baru lepas terbace post terbaru dar seorang sahabat. Itu luahan dari hati dia, dan sebenarnya, itu juga yang lahir dari hati aku. Ntah! Mengapa rasa ini perlu hadir dalam diri. Apakah ini buktinya yang UKHWAH aku masih belom mantap dengan sahabat2 ku. Kalau ia benar, maafkan wahai kalian.


Orang cakap, cemburu itu mmg sebati dgn diri manusia. So, kalo macam tu, tak salah la kalo aku cemburu or jeles?? Hmm..tapi aku skang tgh cemburu dengan "kejayaan" or "kelebihan" orang lain. Orang kata bagus la ada rase mcm tu, sbb leh push diri kita utk lebih cemerlang. Tp nape aku rase lagi down je. Tak de lak semangat. Lagi down ada la..

Jahatkan aku?? Aku skali lagi terlupe untuk bersyukur dengan segala nikmat Allah yang dianugerahkan kepada aku. Astaghfirullah. Jauhkan aku dari perasaan ini. Aku mmg tak nak ada rase mcm ni. Sangat2 tak best. 

Aku sedang cube membaiki diri. Tolong ingatkan aku lagi wahai kawan2. Dan kepada kalian, maafkan aku kerana aku rase begini. Aku terjumpa satu artikel yg sgt besh dari al-akh hairil;



cemburu yang dibolehkan dalam islam adalah cemburu terhadap amal ibadah. 
"cemburunya aku, orang alim tu mampu beribadah itu dan ini". 
seperti syeikh ibnuwalidaini kata "jadikan perasaan cemburu tu sebagai hambatan untuk kita jadi lebih baik".

memang kita hanya manusia biasa, yang mempunyai hati dan perasaan. adalah normal untuk kita cemburu, untuk kita mahukan apa yang ada pada orang lain. tapi kita diciptakan setiap satu berbeza, kita adalah unik. apa yang orang lain ada, tak mungkin kita ada. dan apa yang kita ada, tak mungkin ada pada orang lain.

sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. dan Allah itu Maha Adil. ada orang tu, mungkin dia cemburu kerana nampak orang lain banyak duit. dia pun kerja, berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan duit yang banyak juga. tapi akhirnya tak dapat juga. mungkin itu tarbiyyah dari Allah untuknya. pasti ada hikmah disebalik sesuatu. boleh jadi dalam dia mengejarkan duit, ibadahnya cukup makan saja. boleh jadi dengan duit yang banyak, dia akan menjadi tamak dan lalai.

kadang apa yang kita nampak kelebihan pada orang lain itu, tak semestinya kelebihan pada dirinya. boleh jadi dia tak mintak pun ia terjadi. boleh jadi juga dia tak hendak pun sedemikian. "kelebihan" itu juga boleh jadi suatu ujian dari Allah, samada dia akan bersyukur dengan kurniaan rezeki yang diberi.

kalau awak rasa "kelebihan" yang ada pada orang lain itu baik, menuju lah ke arah itu. kalau tak, boleh jadi itu ujian bagi awak. mungkin selama ni awak usaha keras sahaja, tanpa doa. awak terlupa yang Allah Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

".. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.. " 
Quran Surah Ar-Rad: 28

pujilah Allah bila nampak "kelebihan". sentiasalah ingat kepada Allah bila nampak "kelebihan". insha Allah, hati kan menjadi tenang.

wallahu'alam


No comments:

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...