Sedang membelek Facebook (bukan nama sebenar Social Network), terlihat paparan-paparan sang juara berada di tanah asing. Terkesima. Bukan kerana terpegun dek kecantikan bumi hamparan tanah baru itu, tp seakan-akan terkejut kerana mengapakah bukan aku bersama juara-juara itu. Apakah aku belum cukup juara? Lantas, terus di hide segala post-post dr sang juara bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim, tp dengan niat moga-moga dpt menjaga hati dari membenci.
Kemudian, ditempat kerja, berada di dalam bilik meeting. Semua orang telah dipuji dan di"back up" oleh individu masing2. Dan aku keseorangan. Seakan2 tiada apa yang aku lakukan sepanjang berada disini. Waah! Jelas sekali mereka adalah juara di mata-mata mereka. Aku?? Bilakah bisa menjadi juara seperti mereka. Apakah syarat2 kejuaraan yang perlu aku ada sehingga dapat bergelar juara. Down!
Terfikir sejenak, apakah aku masih belum juara? Bilakah aku bisa memegang takhta juara? Atau mungkinkah aku di larang menjejak podium khas untuk juara. Down! Mungkin syaitan berjaya menusup masuk ke jiwa ini. Honestly, itulah minggu "DOWN" aku. Sangat "DOWN". Ntah! Aku rase seakan-akan aku telah kalah. Penat barangkali. Sehingga terlupa aku pernah menjadi JUARA.
Terlupakah aku betapa akulah JUARA antara sperma2 yang lain yang
bisa menembusi Ovum dengan susah payah??
Terlupakah aku betapa akulah JUARA tatkala aku bisa keluar dari
rahim seorang ibu dengan kuasa Allah??
Terlupakah aku betapa akulah JUARA yang bisa berjalan dengan
sendiri setelah melalui saat2 yang sukar apabila terpaksa meniarap,
merangkak, bertatih lalu terjatuh??
Terlupakah aku betapa akulah JUARA apabila bisa menyebut "ABAH" dan "EMAK"
yang telah bisa menyerikan mereka??
Terlupakah aku betapa aku sentiasa dan sentiasa menjadi JUARA
di mata emak dan ayah ku??
YA! Aku memang JUARA itu. Namun kini, Juara itu makin tersungkur. Hanya kerana tersusah seketika. Dilupakan seketika. Tidak dipuji seketika. Mengapa perlu dipuji wahai hati? Hanya kerana mahukan sekelumit penghargaan?? Apakah hati ini selalu memuji kepada kebesaran tuhanNYA? Apakah hati itu selalu memuji sedapnya masakan ibumu?? Apakah hati itu bisa memuji kekuatan bapanya ketika mencari rezeki?? Mengapa diharap pada pujian sedangkan diri ini kekedang terlupa memberi pujian. Atau mendambakan pujian semata mahukan "riak" itu berputik?? Nau'zubillah. Jauhkan itu dari hatiku kerana aku hanya dengan itu, aku menjadi kosong. Kosong dengan ibadah.
Mungkin JUARA itu terlupa bahawa rezeki mereka2 adalah berlainan. Setiap JUARA ada kelayakan mereka untuk menjadi JUARA. Maka berlapang dadalah. Benar, cemburu itu naluri. Kawallah cemburu itu dari terus merebak. Kerana hanya dengan sedikit cemburu bisa menerbitkan rasa kebencian. Dari kebencian akan hilanglah silaturrahim.
Wahai JUARA. Bangunlah! Dan terus lah menjadi JUARA. Kejarlah JUARA itu agar kamu bisa menjadi JUARA di negeri yang kekal abadi. Kejarlah menjadi JUARA di dunia yang susah payah ini, agar kamu bisa menjadi juara di sana selama2nya...
piousISsoleh
~Bisakah ku gapai~
1 comment:
Post a Comment