Wednesday, March 9, 2011

...Sangkaku...

..Di suatu pagi yang mendung, kelihatan matahari baru hendak melangkah keluar, ayam jantan sudah mule bekerja, ibu-ibu di rumah sibuk mengejutkan anaknya ke sekolah, terlihat dua orang budak kiut miut (ala2 aku) menggalas beg sekolah dengan penuh tekun tanpa sebarang keluhan..



Assumer A: Oit..ko tak ajak Assumer C sekali ke pegi sekolah hari ni??
Assumer B: Dia dah pegi kot hari ni. Semalam kan dia pegi awal.
Assumer A: Semalam dia tak cakap apa2 ke?
Assumer B: Tak pun. So, aku assume dia dah pegi la..

Mereka pun meneruskan perjalanan demi untuk mengejar cita2 mereka.
Assumer C: Wei, awat hampa tak ajak aku pi sekolah? Lama aku tunggu hampa depan ghumah aku. 
                   (dgn muka yang mencuka)
Assumer A: Laa..ktorg ingatkan ko dah pegi. Macam semalam kan ko pegi awal, so, hari ni ingatkan ko pegi awal gak.

Assumer C: pun meninggalkan mereka dengan berlalu pergi begitu sahaja tanpa menamatkan perbualan
Assumer B: Merajuk la tu, macam budak pompuan! 
                   (sindir Assumer B tanpa sedar yg Assumer C mmg pompuan)


Assumer B: Wey, ko dah siap kerja sekolah Thermal Engineering??
Assumer A: Aku tak buat ag. Aku rase cikgu tak masuk la. Kan ada announcement semalam kata hari ni ada  meeting. Mesti dia tak masuk. Ko dah siap?
Assumer B: Laa..aku ingatkan ko dah buat. Aku baru nak kopipes.
Assumer A: Hahahaha..takpe la cmtu, ada geng tak buat ag.

Dengan muka yang bengis lagi tengis, Cikgu Thermal Engineering pun masok. Beliau terus menjerit meminta untuk men"collect" assignments.


Cikgu Bengis: CEPAT HANTAR ASSIGNMENTS! DALAM KIRAAN TIGA. SAPE TAK HANTAR REPEAT SATU SEM!!!



Assumer A: Weii, mampos la cmni. Tak kan nak repeat ag. Drop la pointer aku. Nanti mak aku datang amek report kang mesti dia mengamuk ag. Apsal ko tak ingatkan aku!
Assumer B: Ngok ko! Ko yg ckap dia tak masok td.
Assumer A: Erk!
Cikgu Bengis: Assumer A! Assumer B! Pergi tutup pintu kelas ni dari luar skang jugak!

 Maka, kedua2nya pun menuruti perintah dan arahan Cikgu Bengis tanpa sebarang bantahan dan objection.

Cikgu Bengis meneruskan sesi P&P beliau dengan menge"check" satu persatu assignments. Kekadang kelihatan muka beliau tersenyum lebar ala2 McDonald, kekadang terlihat juga seperti sedang menahan b*rak* akibat sembelit. 
Cikgu Bengis: Aku tengok assignmet korang ni hampeh! Korang ni blaja ke tak?? Dalam kelas korang dengar ke tak? Aku kan ajar dah sume ni. Aku ajar clear kan. 
 (meleter beliau seorang diridgn menyangka beliau telah mengajar sebaik mungkin)

Cikgu Bengis: Haa...bagus Assumer C. Tengok macam dia. Nak solve problem ni kena la follow Engineering Method. Sequence by sequence. Kena la ada assumptions. Baru senang sket nak jawab.

Assumer C tunduk dengan humble sambil di dalam berasa amat bangga tanpa menyangka bahawa orang rmai sedang memerhatikan tindakannya dengan begitu jelik. (jelik tu apa eh??)

Assumer C: Awat hampa tak buat assignment td?
Assumer A: Aku ingatkan dia tak masok. Tgk2 ada lak.
Assumer C: Aku pun okiaq macam tu gak, tp aku ni kan pelajar contoh, tu yang aku buat jugak tu. Awat tak mintak kopipes kat aku ja??
Assumer B: Laa..ktorg ingatkan ko merajuk sbb tak ajak pg td. Tu yg tak tnya ko td tu.
AssumerC: Erk? Merajuk? Gila apa. Tak da aih, td aku sakit perut, tu yg keluaq teruih tu. 
Assumer A: Huh..wat rugi je. Ingatkan ko merajuk td.

Loceng di sekolah itu pun berdering dengan rancaknya. Bertempiaran la budak2 sekolah melulu keluar menuju ke pintu gerbang yang tertulis "SELAMAT DATANG". Kelihatan byk kereta mem"parking" di depan perkarangan sekolah. Ada juga Geng2 Bas Sekolah yg sedang merancan untuk menjatuhkan Geng Budak Nakal. Terselit dicelah kekalutan alam itu, tiga budak td.
Assumer C: Petang ni nak pi main apa? Berkubang nak?
Assumer A: Orait gak tu. Lama dah aku tak berkubang. Tp ko ajak ni, mak ko kasi ke?
Assumer C: Ntah la..aku rasa dia kasi. Aku kan dah besaq..
Assumer B: So, jadi la petang ni g mandi sungai??
Assumer C: InsyaAllah, Biiznillah (Dgn Izin Allah), Jangan lupa lak panggil aku.


Di dalam sungai, dengan riangnya mereka pun bermandi manda. Seusai berkubangm mereka pun pulang ke rumah masing.

Mak C: Assumer C!!! Hang pi mna ni? Lencun ni!! Mak tggu hang kt dapoq nak ajaq hang masak, hang boleh pi berkubang!! Hang ni awat? Tak cukup ka ayaq kat ghumah ni???
Assumer C: Cheq dah besaq la mak. Tak pa la cheq pi sna pun. Bukan buat apa pun, mandi ja pun.

Mak C: Menjawab no hang. Dah, pi mandi lekaih. Malam ni pi ngaji kt pak imam nun.
Assumer C: Pak Imam tu bukan tak da ka malam ni? Dia bukan kna bagi ceramah ka?
Mak C: Mna hg taw? Hg ni mandai2 ja wat assumption. Mak tgk status dia kt FB, tak da pun kata dia nak pi bg ceramah. Dia kalo ada ceramah dia habaq kt FB dia.
Assumer C: Erk?!

Maghrib mula mengganti tempat Asar. Bayang2 sudah tidak kelihatan. Bulan separa purnama mula menjengah di langit. Di sebuah hujung kampung bersebelahan Warung Pak Jabit, kedengaran alunan2 ayat2 Al-Quran berkumandang. Ada yang bertaranum ala Qariah Rugayah Sulong, ada juga tersusun bacaannya menuruti hukum2 tajwid, ada juga yang sedang bergelak ketawa.

Assumer A: Korang dh hafal Surah An-Naba' lom?
Assumer C: Aku rasa pak imam tak ingat punya la nak Tasmi' kita. Dia kan Imam, banyak benda nak kena hapai.
Assumer B: Aku dah hafal dh hari tu, tp dah terlupa. Aku terminum air ada semut kot.





Pak Imam: Hari ni pak cik nak Tasmi' surah An-Naba'. Barang sesiapa yang tidak lancar, Pak Cik akan catatkan dalam Evaluation Form ni yg korang gagal. Biler korang gagal, Sijil Tamat Mengaji tak akan dikeluarkan.
Assumer A, Assumer B & Assumer C: Gulp! Konpem Fail~~

***
 

1 comment:

MinahSpekMerah said...

hok..abeh dh ka cita?..

-aku yan,nma penuh dirahsiakan..xknl lantak nk hang..nk sgt komen..hambik komen ha sedas-

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...