Friday, August 5, 2011

..pendidikan..

.:Assalamualaikum:.

Alhamdulillah kesihatan AM beransur pulih, cuma batuk masih berbaki.

Sebelum ni AM buat entry pasal kehebatan singki di Jepun, bersama penapis yang tidak kurang hebatnya, Habaq kat hang, biji cabai tak lepas, hang kenai dak cabai tu padia? Tak tau ka? Meh tengok sini.

Pendidikan, secara tidak formal bermula sejak kita kecil lagi. Seawal kita dapat menyebut perkataan pertama yang mak pak kita dok ajaq. Mula dari situ kita belajar mengenali dunia sedikit demi sedikit, dari seindah dunia fantasi kepada semencabar *ada ke perkataan ni dunia realiti.

Mari kita kaji sedikit pendidikan di Jepun

2 tahun
Kanak-kanak seawal usia ini telah dilatih untuk membuang air besar dan kecil di tandas,
*jimat duit pampers.

3-5 tahun
Dihantar ke tadika/nursery bergantung kepada ekonomi keluarga.

Yuran tadika mencecah RM 600, sepenuhnya tagungan keluarga. Mempunyai unicorm khusus. Kanak-kanak di dedahkan dengan aktiviti2 yang meransang IQ, tak de la stress sangat ngadap buku/buat keje sekolah. Contoh, mewarna (karyon/warna air/ etc), kraftangan (origami/ etc), memasak (siap pengang pisau) dan mereka tidak di ajar mengenal ABC mahupun huruf kanji.

Yuran nursery murah sedikit, mungkin 1/4 daripada yuran tadika, kerajaan tanggung sedikit. Pakaian bebas. Aktiviti agak bebas, dan waktu tidur 12pm-3pm.

6-11 tahun
Sekolah rendah. Terdapat 2 kod pakaian, Selasa & Khamis (pakaian bebas) dan Isnin,Rabu dan Jumaat (pakaian sekolah). Kebiasaannya murid sekolah rendah ke sekolah jalan kaki. Sekitar 5~10 minit ± 5 minit ke sekolah. Kebiasaannya mereka akan bawa bekal (bentou) dari rumah.

Di Jepun pengguna jalanraya paling dihormati adalah pejalan kaki. Kalau laluaan tersebut merupakan kawasan HOT atau kawasan paling ramai budak sekolah lalu, pengguna jalanraya yang lain akan diberitahu.
Papan tanda kawasan HOT
Dekat lampu isyarat @ kawasan untuk melintas, disediakan bendera. Tujuan bendera ni, untuk tarik perhatian pengguna jalan raya yang lain sebelum,semasa,selepas melintas.
Sebelum melintas amik dulu bendera ni. Ada bekas kat seberang jalan untuk letak bendera ni semula.
12-16 tahun
Sekolah menegah. Setiap sekolah ada pakaian tersendiri. Ada juga sekolah untuk perempuan sahaja, lelaki sahaja dan campur. Boleh pilih sekolah kerajaan atau swasta. Walaupun sekolah kerajaan, mereka tetap mempunyai pakain tersendiri. pakaian tersendiri kat sini merujukan kepada warna, design, dsb.

Sama seperti Malaysia, ada menengah rendah (PMR) dan menengah tinggi (SPM). Tapi AM tak pasti kat Jepun ada ka dak periksa macam ni. Setakat yang AM tahu, bila nak abes skolah,16 tahun, akan ada 1 peperiksaan besar. Keputusan peperiksaan ni tidak digunakan untuk kemasukan ke universiti. Untuk masuk ke universiti, mereka perlu menduduki peperiksaan di universiti yang di hajati. Maksudnya disini, penilaian untuk ke universiti di uruskan oleh pihak universiti sendiri, bukan dari kementerian.

Untuk maklumat lanjut, boleh baca kat sini, dan sini
Untuk maklumat tambahan dan pakaian sekolah, boleh rujuk kat sini,





2 comments:

AnakPakZohar said...

wuhuuu.... pendidikan sepanjang hayat.. hikhik... btw.. yang part bendera tu.. wah.. tak terpikir lak ade macm tu..

AM said...

@yad'z
part bendera tu mmg best, lampu isyarat kat sini pun pelik jugak..memang sesuai la guna bendera tu..

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...