Friday, May 6, 2011

...J.U.M.A.A.T...

Entry yang di-repost =)


Assalamualaikum..alhamdulillah, cuti minggu lepas dpt gak balik ke Bagan Serai, lepas 2 bulan tak balik. Seronok sangat. Hilang letih keje. Mcm2 surprise ada kt umah. Bermula ngn ada 2 ekor anak kucing yang comel giler, then, MBN XXXX, AHK XXXX, hinggalah ke Desktop untuk adek. Wahh! Canggih kot. Kecik2 dah ada computer. Hehe..seronok tgk dia maen computer. Siap ajar aku ag cara2 handle dgn care dia pnya computer. Hehe..comei2!
Aku balik kpg hari Khamis, dlm bus tu ada citer menarik ag tp nk cter kt next post, ttg mcm mna aku di”mengorat” oleh seorg budak pompuan berusia …..thn n nama nye Siti (bukan nama sebenar). Hari ni aku nak blog psal hari jumaat.
JUMAAT
Sudah menjadi makluman semua, bahawasanya hari jumaat is Penghulu segala hari. Hari jumaat ada solat jumaat. So, seperti biasa2 nya, aku g solat jumaat dgn membonceng abah aku. Besh taw naek ngn abah. Otw g masjid (yg agak jauh gak tu), dpt sembang mcm2. Rase lg close ngn abah. Member aku pernah tnya, nape tak naek moto sendiri mcm ktorg. So, aku jawab, aku nk jd org luar biasa ngn g masjid naek ngn ayah aku. Tak pernah Jarang org wat taw. Biarlah nak kate manje pun, aku manje ngn ayah aku gak. Hehe..
Biler sampai masjid, nak duduk kat port aku, ada org amek. Ciss! Nak halau, dlm masjid kan. So, redha je. Aku duk la tempat len. Kt area2 tgh2 masjid. Tbe2 rse mcm budak lak2 coz belakang aku budak2 tgh lepak. Bising gak la dorg sembang. Tak leh aku nak tidor /dengar khutbah (sile buang yg mna tidak berkenaan) dengan aman. Haisshh, budak2 ni, bukan nak duk belakang. Terlihat la aku pd satu advertisement,
“Membawa anak2 ke masjid adalah satu amalan terpuji, justeru, awasilah anak2 anda dan letakkan mereka di saf belakang”
Aku pun toleh kt belakang. Patot la budak2 rmai duk kt tgh2 ni, bapak2 budak yg duk belakang. So, wajarkah kita jerkah (tengking) budak2 yg wat bising kt masjid tu?? Dh la duk tpt budak2 tu, pastu marah2 dorg balik. Kalo aku la, malu kot. Mmg la tak dinafikan, kalo dorg duk belakng masjid tu, dorg bising lak. Tp effect kebisingan dorg tu tak la melampau sgt. Bukan utk menggalakkan dorg bsing kt dlm masjid, tp aku pn baru je lepas jd budak2, aku pun slalu gak sembang ngn dorg. Maklomlah, seminggu sekali je jumpa kt masjid. Byk la bahan nk cter. Wlaupon kt skolah hari2 jumpa. Haha..
Satu ag yg x berape nk berkenan, geng2 bapak2 budak ni, ada gak yg lepak kt luar sambil2 menikmati pisang sedekah ngn menghirup asap2 rokok. Adeh~ Kalo diam je tak pe. Ni sma je mcm budak2 kt dalam. Elok lg dorg, at least duk dlm masjid. Sangkut la sket2 isi khutbah tu kt otak. So, aku terfikir, patot la budak2 pn bising. Ada mentornya di luar.
Oleh itu, jom la sma2 kita gune pendekatan bilhikmah.
***
Modus operandi: Rmaikan jemaah, tenangkan masjid n hayati isi khutbah
Halangan 1st: Bapak2 budak yg mengambil saf kanak2 di belakang masjid
Akibat: Budak2 akan beralih ke saf di tgh2 ataupun depan.
Kesan: Dorg suke bersembang n sembang dorg bising sket. Menimbulkan suasana kurang tenang dlm masjid.
Solution: Pindahkan bapak2 budak ke saf yang sepatotnya utk memberi ruang kpd budak2 di saf sebetolnya.

Halangan 2nd: Bapak2 budak di luar masjid
Akibat: Bersembang2 n menjasdi mentor kpd budak2
Kesan: Budak2 ada pendorong utk tidak masuk ke dalam masjid n juga mereka akan lebih berani membuat bsing.
Solution: Tak yah bina kawasan luar masjid. Bina kawasan dalam masjid je. Mcm mna eh?? Tak pon letak signboard “Org Baligh Dilarang Parking Disini”.

Halangan 3rd: Khatib mempunyai intonasi suara yg sgt sgt sgt merdu
Akibat: Jemaah termasok saye akan menjadi lebih layu.
Kesan: Isi khutbah akan masuk ke telinga kanan dan melepasi kuar melalui telinga kiri. Mcm lalu highway kt Kelantan, x de tol.
Solution: Garangkan n tegaskan suara anda. Gune intonasi yang sgt sgt sgt sesuai pd ketika itu. Isi khutbah juga hendaklah menarik.
***
Inilah kajian plus research aku ketika di kampong pd hari jumaat. Bukan berniat utk memperkecilkan sape2. Tp sekadar member peringatan bahawasanya, kita sememangnya kecil lg kerdil di hadapan pencipta kita, Allah! Maka, lagak lah seadanya seperti org yg kecil..
“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

piousISsoleh
~Bisakah ku gapai~

No comments:

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...