Sunday, April 3, 2011

...aku dah leh ngundi...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, malam ni ada sedikit lagi kelapangan untuk meng"update" belog lagi. 
So, mesti korang pelik apsal la tajuk entry aku psal mengundi kan??

Aku nie masih muda lagi, so, minggu depan baru la, insyaAllah melangkah ke alam dewasa. Hahaha..

InsyaAllah, minggu depan, on 3rd April 2011, genaplah umor aku 21 tahun. Kalo nak kawen nie dah leh dpt green light ni. hehehe. Mengundi PRU pn dah leh ni. Jadi calon pun dah leh ni. hahaha. 

Nak citer apa ag eh?? Hmmmm....tibe2 aku terpikir, selama 20 tahun aku hidup kat dunia ni, apa yang telah aku sumbangkan kepada Agama, Bangsa n Negara?? Tak yah tengok jauh pn, tgk apa sumbangan aku kt mak n yah aku je....Jom review jap;

.:1 tahun:.
Menyusahkan mak n ayah aku untuk pimpin tangan aku tyme baru nak belajar jalan.
.:2 tahun:.
Melambatkan waktu tidor mak n ayah aku coz mengamuk nak main power rangers.

.:3 tahun:.
Mengacau adik aku yang baru lahir sebab jeles dia lebih diberi perhatian.

.:4 tahun:.
Duk bermanje ngn mak aku, tak leh pisah langsung, kalo tak aku mengamuk~ <---manje giler!

.:5 tahun:.
Mengamuk kat mak n ayah aku sebab tanak gi tadika.

.:6 tahun:.
Memalukan mak, ayah, Tadika KEMAS Perak, sbb nanges atas pentas tyme 
Pertandingan Bercerita

.:7 tahun:.
Memaksa ayah aku menunggu aku sehingga kelas Darjah 1 abes. <---kalo ayah aku takde je, terus melalak~

.:8 tahun:.
 Membuat bising dalam kelas sehingga dirotan dikhalak ramai. <---padan muke!

.:9 tahun:.
Suke bangon lambat untuk ke sekolah <--- kekadang Subuh burnt! Terok gler~

.:10 tahun:.
Tidak tersenarai didalam top 5 ranking dalam kelas.

.:11 tahun:.
Keputusan UPSR ygtidak memuaskan. Mendapat B dalam Sains walaupun merupakan 
Pelajar Terbaik Sains Sekolah.

.:12 tahun:.
Menolak tawaran dan permintaan ayah untuk ke SMKA Kerian n MRSM.

.:13 tahun:.
Bergaduh ngn akak sbb pkai basikal aku. Basikal dia pancit tyme nak g skolah, dia rembat basikal aku. Akibatnyer, aku kna la berjalan. Hahaha

.:14 tahun:.
Gagal melayakkan diri Pertandingan Syarahan Agama PeringkaT Negeri Perak

.:15 tahun:.
Fail subjek Sejarah tyme Ujian Bulan Mac kt KISAS.

.:16 tahun:.
SPM yg teruk! <---confuse nak pilih course~

.:17 tahun:.
Tidak bersungguh-sungguh dalam Matrikulasi. <---tak dapat nak jd Dr. Gigi

.:18 tahun:.
Masuk UiTM dengan course yang salah. Akibatnye, usaha bersungguh-sungguh 
semata-mata mahu tukar course.

.:19 tahun:.
Selalu ponteng kuliah. <----nak cukupkan kuota je. Leh kan~

.:20 tahun:.
Masih tidak berupaya untuk membantu keluarga.


Mak aihh! Takde setahun pun yang aku benar-benar menyumbang. Haish!! Apa nak jadi nie. 
So, plan aku biler dah 21 tahun nie ialah

"Aku nak jadi penyumbang lak"

Tapi nak sumbang apa???

1. Aku nak mengundi kat PRU. So, aku dah sumbangkan satu kertas undi.
2. Aku nak wat BW lebih kerap. So, aku dh sumbangkan traffic korang.
3. Nak senyum selalu. So, aku dah sumbangkan kegembiraan kt orang yg tgk aku senyum.
4. Masih difikirkan~



“ Adakah dalam usaha membangunkan ISLAM ini, hanya orang yang mempunyai 
kefahaman ISLAM yang sebenar sahaja yang boleh menyumbang memberikan bantuan?”

Jawapannyer, klik disini.


piousISsoleh
~Bisakah ku gapai~

9 comments:

forever love said...

huhuhu.. ada la.. penyumbang kegembiraan kepada keluarga kan.??

nur amalina athman said...

upsr umur 11tahun,spm uur 16tahun kerr??hehe

nur amalina athman said...

*umur

hafiz hafizol said...

HEPPY BESDAY KAWAN.....

Naz said...

selamat mengundi =)

alhamdulillah ^_^

Fairosza said...

epi besday.datang dari blog pijo nih..huhuhu
anak sape la nih..dah la pious,soleh lg plak..

hafiz hafizol said...

Err, kenape aku macam terharu lak baca entri nie??? kenape kenape kenape??? sob3~~~

fasha said...

happy birthday!
selamat mengundi!

:)

cik AF said...

afwan sebab fa lambat wish. terharu bila baca entry nih. terfikir balik ape sumbangan kita selama kita hidup nih. terima kasih firdaus :)

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...