Tuesday, April 5, 2011

...i'm SORRY...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Setelah beberapa entry cerita tentang aku je, so, entry ni nak cter lg tentang aku. Hahaha.. Hmm, sape tak pernah rase marah, sile senyum cepat! Takde kan..sume masam je aku tgk. so, marah tu benda biase an. Dalam entri ini pun aku dah cter pasal marah.


Selalunyer, biler orang wat kita marah, kita terase. Mule la keluar ayat2 tragis plus dramatis like;

"ohh..hatiku kini sudah terguris"

"aku sudah tidak mahu lagi berkawan dengan kamu"
"mengapa kamu melukakan hatiku ini?? mengapa? mengapa??"

lepas tu, biler orang tu dah mintak maaf, kita pun dengan penuh angkuh plus ego mula wat ayat2 drama TV1 lagi..konon2 tacink la, tak lehbuang rase marah, mengambil masa n bla lalalala~

"jauh disudut hatiku mahu memaafkanmu, namun, aku tidak berdaya"
"ahhh, sudah la kamu, masih terngiang2 lagi kemarahan kamu padaku"
"berilah aku sedikit masa untuk memaafkan kamu"

 then, org yg wat kita marah tu balas dengan ayat keramat;

"sedangkan nabi pun maafkan umatnya, inikan pula kita sesama manusia biasa"

akhir skali, ayat untuk mematikan perbualan, kita balas la balik cmnie;

"Nabi tidak pernah menyakiti umatnya.."

See...kan dah panjang drama2 tu. Macam2 script la terpakse di karang. Try kalo kita maafkan terus je. Habes citer kan. Soal hati terase, terguris, terluka tu buagla jauh2.
So, filem hidustan yg berjela2 leh la jadi drama 15 minit je. 

 Jom tengok plus hayati hadis nabi nie;

"Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."

Subhanallah, bukankah mulia nyer diri kita dengan hanya memaafkan orang yg membuat salah kepada kita?? Dengan hanya membuangkan perasaan "terluke" tu, kita dapat jd insan yg mulia. Allahuakbar! Hebat bukan.



Tapi, relaitinya, apa yang kita pilih?? Bukan kita barangkali, mungkin entry ini lebih sesuai ditujukan kepada aku. Aku amat yakin dan percaye, aku amat susah memaafkan. Ntah! Ego barangkali. Astaghfirullah. Mahu juga rase mulia disisi Allah. Dan sudah tentu mampu juga di"mulia" kan dalam kalangan manuasia. Teringin juga aku untuk murah dengan memaafkan. 

Ya..amat susah! Ini soal hati bukan. Juga berkisar tentang perasaan. Lantas, syaitan mudah sahaja menelusup masuk. Kerana pintu menembusi hati sudah longgar. Sudah tidak berkunci. Maka, seringkali berlegar2 di jiwa betapa sakitnya "peristiwa" yg dilakukannya. Aku juga pernah merasa. Hampir setahun untuk melupakan. Dan kini masih tidak berjaya. Susah bukan.

Berbalik pada asasnya. Hati! Barangkali aku sudah lama membiarkan "pintu itu" terbuka. Maka, berpusu2 bala tentera yang direjam itu masuk menghancurkan hati aku. Lantas, terputus lah satu hubungan silaturrahim yg pada mulanya indah. Astaghfirullah~

"Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim"

Nau'zubillah..maafkan aku wahai kalian2 dan mereka2. Dan aku juga memaafkan kalian2 dan mereka2. 

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. 
Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." 
(Surah Al-Hujurat, Ayat 10)

Akhir sekali, jom, marilah, haiya, let's go kita mula jadi pemaaf. Memang bukan mudah. Tapi kita mampu untuk mencuba bukan. Kalo sebelum ni kita amek masa tiga hari untuk memaakan, lepas ni kita try la tiga jam je. Kalo sebelum ni kita amek 3 jam untuk senyum kembali, lepas ni kita amek 3 saat je. Cuba terai test slow~ InsyaAllah, nanti2 terbiasa menjadi insan luar biasa :)


~MAAFKAN AKU WAHAI KALIAN~


untuk bacaan dan pemahaman yang lebih detail, sila lawati di sini.

5 comments:

forever love said...

atq pun ada buat entry pasal maaf tue..

atq mintak maaf if atq ada terbuat salah dekat awk ye...

http://atiqsalleh.blogspot.com/2011/03/besarnya-penangan-maaf-tue.html

♥ a.c.h.i.k ♥ said...

suka baca entry nie... >_<
thanks for sharing!

piouspdosh said...

@ atiq
waaa..atiq tiru..hehehe =P

forever love said...

mana ada la.. atq dah lama buat la. awk yg tiru atq.. hehe

Noraien said...

nice entry :)

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...