Monday, April 18, 2011

...Jom!!!..

.:assalamualaikum:.

Alhamdulillah, hari ni plan nak wat more than one entry sbb dah miss 3 entry ni.. So, pagi2 yang indah nie, plus takde keje, plus tak yah g opis, dapat la update sket2..

 Kalo dulu, aku akan sampai opis pkul 9pagi,then, biler nak naek ke opis mesti aku akan terserempak ngn sorang brader yg keje kt opis tu gak. Aku naek, dia turun. Setiap hari gak la aku terserempak ngn dia. Maka, ini membolehkan aku berasa pelik dan bersyak wasangka..apa la an brader ni wat kat bawah. 

So, selaku seorang bakal engineer, aku yang mempunyai sifat busybody ingin tahu ni terpanggil untuk menyiasat dan merungkai segala persoalan yang timbul. Inilah hasil penyiasatan aku.

***
Laporan Penyiasatan

Masalah: Biler aku naek opis, brader tu turun dari opis.

Tujuan: Mengkaji mengapa brader tu akan turun setiap kali aku naek ke opis

Hipotesis: Brader itu sedang menuju ke suatu tempat yang tidak pasti di mana

Andaian Awal: Brader itu pergi bekpas

Apparatus: Akal, seluruh anggota badan, Cad Opis

Langkah2:
1. Datang agak awal dari biasa
2. Tunggu sehingga Brader itu turun
3. Follow brader tu dengan jarak melebihi 50m
4. Follow secara diam2..skill lakonan amat diperlukan disini
5. Catat hasil pemerhatian

Keputusan:
Setelah menigkuti langkah2 penyiasatan, saya telah berjaya merunkai permasalahan hari ni. Saya telah datang agak awak dari biasa iaitu seawal 8.30 pagi. Saya menunggu di bawah lebih kurang 5 minit dan kemudiannya brader itu turun bersama selipar jepun. Setelah jarak saya dengan brader itu melebihi 50 m, saya pun mengekori brader itu. Pada mulanya, andaian awal kelihatan seperti benar, namun, setelah beberapa ketika, brader itu sebernarnya bukanlah menuju ke kedai pacek (sebuah kafe terkemuka disini). tetapi beliau ke SURAU, bukan untuk meng"qada" solat subuh, tetapi menunaikan SOLAT DHUHA.

Kesimpulan:
Brader itu setiap hari melakukan solat DHUHA. Aku bagaimna???

***

Maka, tujuan entry ni di post adalah untuk mengajak kawan2

~JOM SOLAT DHUHA~


sahaja aku solat sunat dhuha, dua rakaat tunai kerana Allah


untuk maklumat lanjut mengenai solat dhuha, sile tanya ustaz2 yang bertauliah. Klik kat SINI pun leh gak.
" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

 

7 comments:

MinahSpekMerah said...

ya..ko mmg bizi bodi.

NuryBella said...

format entry ala2 report ni mcm ku kenali dlm entry aku jgk..hohoho

forever love said...

fuwooo.. boleh jadi csi la nie...

hajar anis said...

penyiasatan yang sangat b'manfaat. ade hikmah di sebalik perasaan busybody tu.hee.

Hafiz Hafizol said...

wah.. nak ajak solat dhuha rupanya.. baeknya hati abg pious ... muahahaha

IMANSHAH said...

alhamdulillah, murah rezeki breder tu

Afsar said...

alhamdulillah...ada jugak blog macam ni..thanks yer~

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...