.:assalamualaikum:.
Alhamdulillah..masih lagi berupaya untuk menunaikan Solat Subuh di pagi Jumaat ini. Alhamdulillah, masih juga berupaya untuk menjenguk belog aku nie. Thnax to MC for the latest entry. Nice beb!
Hari nie, semua pelajar UiTM akan buat Pre-Registration untuk courses sem depan. Maka, kitorg yang bakal menjengah sem 7 dr Fakulti Mekanikal nie tengah pening nak decide untuk Special Topics. Tu tak cerita lagi pasal Final Year Projects (FYP). Sah2 la lagi berkusut fikir.
So, research demi research dah dibuat. Senior demi senior dah ditemui. Discussion demi discussion dah dibentangkan. Akhirnya, Alhamdulillah, sudah mampu untuk membuat keputusan. Mungkin bukan keputusan lagi barangkali. Lebih kepada finaize perancangan. Ya, kita hanya mampu merancang. Ingat! Kita merancang, Allah juga merancang. Namun, perancangan Allah jauh lebih baek dari kita.
"Antara Minat, Kawan dan Keupayaan"
Mungkin, inilah indikator2 atau manipulator yg digunakan mereka2 untuk memilih. Ada yang lebih meletakkan minat sebagai asas kepasa pemilihan. Ada juga sekadar mengikut kawan2 umpama belangkas yang sentiasa melekat. Ada juga masih blurr mencari akibat terlampau tertekan dengan mereka2 yg sudah berupaya merancang.
AKU??
Ntah..ikut minat dan keupayaan barangkali. Mungkin, ada juga sipi2 kriteria pemilihan berdasarkan pengaruh kawan. Actually, masih lagi buntu mana satu bidang pengkhususan. Kata orang, Oil n Gas itu tiada life, tp bisa kaya mengalahkan pegawai bank. Kata orang lagi, Construction itu menarik, tp kena jauh merantau mencari site. Kata orang HVAC itu seni, tp setiap masa dgn mesin, apakah?!
Lecturer pesan, Special Topics sanga membantu dalam mencari kerja. Maka, pilihlah sebaik mungkin. Satu persoalan bermain2 di kepala? Apakah aku tidak bisa kerja andai tersalah pilih Topics2 yang Special?
MEREKA??
Barangkali sudah ada pemilihan. Sudah ada perancangan. Sudah jelas matlamat mereka. DUIT. KERETA. BANGLO. ISTERI. ANAK. Alhamdulillah, mereka berupaya merancang. Mungkin, boleh bertenggek celahan mereka mencari matlamat aku pula.
SWOT
Apakah itu? Dia kata membantu untuk merancang. Hmmm.. S.W.O.T analysis. S is for Strengths. W is for Weaknesses. O is Opportunities and T stands for Threats. Macam mudah. Berupaya membantu. Perancangan yg sistematik. Perancangan dari hati sendiri.
BALIK PADA "DIA"
Apa2 keputusan perancangan ini haruslah dibalikkan kepada DIA. Maknaya, segala2nya kerana Allah. Baru rasa manisnya hidup sebagai seorang pelajar. Aku yakin, semua pilihan2 itu ada erti tersembunyi. Maknanya, ada mesej2 yg akan disampaikan atau akan kita dapat secara tidak langsung. Bersedialah! Ayuh!
"hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, sehingga kadang2 terlupa sebenarnya diri ini hendak ke mana"
4 comments:
aku pun blaja SWOT 2 kih3..
aku pon blaja swot tu.dlm marketing sem lepas.
-mc-
ALL THE BEST YA.
istikharah ye,... hope dapat buat pilihan yang betul..
Post a Comment