Thursday, May 12, 2011

...tapi angin yg mendatang...

.:assalamualaikum:.

Alhamdulillah..masih lagi berupaya meng"update" belog walaupun ada blogspot.com ada poblem sket tadi. So, biler lewat2 malam macam ni, kurang sket la idea, so, aku dengar2 la koleksi2 lagu2 yang aku ada..

Then, aku tertarik ngn satu lirik ni..

"..tapi angin yang mendatang, 
bagaikan badai yang melanda..."

Seriously, amat mendalam maknanya. I don't know why i'm so touched when listening to this part of the song. Maybe, ada something yang kita leh share dalam hidop kita. Especially, in my life. =)

Kekadang kita terlalu berseronok dengan kehadiran angin yang bertiup lembut tatkala kita sedang diselubungi kepanasan sehinggakan kita terlupa yang kita pernah panas. Namun, pernahkah kita menyangka, kekadang angin itu adalah petanda kepada satu badai yang bakal menerjah kita. Badai yang kesannya lagi dahsyat dari kepanasan. Badai yang bisa meninggalkan kerosakan lebih teruk dari ditinggalkan oleh kepanasan..Maka, cukuplah berseronok sekadarnya.

"..tapi angin yang mendatang, 
bagaikan badai yang melanda..."

Aku teringat pada satu kisah lama, kehadiran seorang yang boleh dianggap teman amat aku hargai. Aku terlalu gembira sehinggakan terlupa bagaimana rasanya derita biler keseorangan. Teman itu aku sanjung kerana bagi aku dialah yang membahagiakan aku. Tapi aku tersilap, kerana dia yang dianggap teman telah meninggalkan aku dengan kesakitan yang amat sangat. Sakitnya sehingga membuatkan aku terus lupa bagaimana rasanya bahagia. 

Tapi itu sekadar satu cerita. Cerita lama. Kini,mereka2 telah hadir menceriakan hidop aku =)
"..tapi angin yang mendatang, 
bagaikan badai yang melanda..."

Macam kita kat dunia yang sementara nie, kita terlampau leka dengan pelbagai kesenangan n kemewahan kita sehinggakan kita terlupa untuk merasai susahnya kesusahab itu. Lantas, kita terus hanyut dengan kenikmatan dunia sementara sehinggakan kita terlupa tempat persinggahan sebentar kita sebelum sampai ke akhirat. Kita terus terlupa tugas2 kita di dunia. Kesannya, setibanya di akhirat, kita mungkin akan menyesal teramat sangat kerana neraka itu bakal kita huni. Nau'zubillah.


1 comment:

forever love said...

betul...jangan ingt semua kesenangan itu akan berakhir dgn kesenangan... salah langkah.. derita yang diperolehi

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...