Friday, April 1, 2011

...seDetik LeBih...

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Alhamdulillah, ada lagi kesempatan untuk ber"belog". 
Entry ni macam entry pembukaan bulan April. Skang kat opis aku ni, sume duk dengar lagu OST Hikayat Merong Mahawangsa which is Sedetik Lebih by Anuar Zain. 
So, aku pun mengambil kesempatan yang sma untuk mendengar lagu tu. Sedap la gak. 
Tapi lagu AZ nie style dia same je. Hahaha. Naseb bek lagu ni leh tahan gak la layan nyer.

Disebabkan ke"popular"an lagu tu, maka dengan itu, aku selalu gak la pasang lagu tu sambil "mimimg". hahaha. Dengan secara tibe2, member sebelah aku nie membuat satu teguran yang agak bilhikmah;

"Haish! Lagha-lagha~"

Muke biler kena tegur~ hahaha

Padan Muke aku! Kene sebijik. Aku rase dia nak ckap;

"Ko nyanyi tak sedap langsung!"

Tapi mungkin dia sedang menjaga hati mbek2 hitam yg bakal bertukar warna ni, dia pun menggunakan unsur berlapik. Hahaha. Ok2, faham maksud tersirat ko! Namun begitu, aku yang tidak mudah tewas ni pn meng"argue" balik dia;

"Mane ada lagha..lagu nie Islamic kot. 
Kalo Anuar Zain tak nyayi, sah2, Maher Zain take over"

Balas aku dengan amat yakin lagi saksama <----maksudnyer apa eh??  
Maka, selaku tukang menegur, member aku pun tergugat dengan statement aku tadi, 
lantas meminta bukti dikemukakan. Dah macam dalam mahkamah lak, sket2 bukti je. 
Sekali lagi, dengan penuh keyakinan dan kesaksamaan, aku pun me"revise" each of the lyrics and extract them in Islamic View. Hahahaha. 

Maka, terimalah......
 
                                                        "SEDETIK LEBIH"
Anuar Zain yg nak transform jd Maher Zain


 
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkan MU

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkan MU

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...




 
Ni adalah rangkap pertama n kedua lagu ni. So, jom kita tengok betul2. Secara amnya, part nie nak sampaikan betapa setiap saat, setiap masa, setiap detik tu dia selalu ingat akan orang yang disayangi. Maka, bukankah kita sebagai seorang hamba kpd Allah, perlu sentiasa ingat kepadaNYA. Maka, setiap amalan pekerjaan dan perbuatan kita akan sentiasa berlandaskan syariat Allah. Jom tengok nie jap;

“Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: 
Ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, 
Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka”. 
(Surah Al-Imran, Ayat 191)

Jelas bukan. Jom tengok kat sini lak;

“Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram”.
(Surah Ar Ra'd, ayat 28)

So, jom la kita sama2 usaha untuk membiasakan lidah dengan  zikrullah. Hmmm, mungkin susah sket kan. Maka, start slow2. Mule2 kita kurangkan gune word yg tak besh je dengar. Tyme keje ni, macam2 "perkataan" dah belajar. Kekadang tergune gak. Macam dah biasa. Astaghfirullah. Jom2, kita biasa mulut kita dgn perkataan yg baek. Orang pun akan respek kan. Takde la suspect kita. Hahaha.

Aku ada jumpa satu recommendation nie. Tapi aku honestly takleh follow. Tapi, jom sama2 berusaha ke arah itu;


 Elakkan satu saat yang berlalu begitu sahaja tanpa zikrullah. 
Pastikan setiap saat terisi zikrullah demi memperolehi bekalan taqwa serta rahmat 
dan keampunan Allah.



piousISsoleh
~bisakah ku gapai~

2 comments:

...tq...

...mengarut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...